free glitter text and family website at FamilyLobby.com CERITAKU... NUKILANKU... ILUSIKU ~ AKU AKAN MENULIS SELAGI AKU MASIH BISA BERILUSI..

meMime present.....

meMime present.....
Ya, aku Mika Tya. Nama yang aku sendiri rasa amat pelik.hal ini mungkin disebabkan oleh sifat mama yang suka menonton drama-drama Jepun.jadi, tidak mustahillah jika aku katakan bahawa anak menjadi mangsa mama! aku merupakan gadis yang berusia 20 tahun, tidak gemuk dan tidak tinggi. aku cuma gadis yang biasa saja. Ya, memang biasa saja . Menjadi seorang siswazah mungkin suatu yang menyeronokkan bagi sesetengah orang. tapi, tidak bagiku, kerana aku masih berasa tidak bebas......
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Ahad, 26 Disember 2010

MiKa TYa ep.1

kringggggggggggggggg...!!!! mimpi makan malam bersama Faizal Tahir lenyap begitu sahaja apabila jam loceng dibilikku ibarat menjerit bingit di telingaku, menandakan bahawa aku perlu bangun dan membaling jam loceng tersebut dengan pinky ku dengan penuh rasa marah! "Aduiii jammm!!! bukan salu nak mimpi Faizal Tahir tau!!!!" Ya, sememangnya, aku amat fanatik pada Faizal Tahir, bagiku beliau seksi! haha. Cop! ingin ku jelaskan di sini, pinky adalah gelaran untuk bantal busuk yang sememangnya tidaklah ku anggap sebagai bantal busuk tetapi lebih kepada teman tidurku...kenapa pinky? warnanya berwarna pink dan sedikit kartun di situ..cukup. biarlah aku dan pinky sahaja yang tahu selebihnya...hehe
Tambah kapsyen


            



"Mika Tya..! Cepat la siap." Terdengar jelas suara mamaku dari tinggat bawah." Ok, Ma.!!" Sahutku pantas. Selagi tidak disahut, mama ku atau lebih manja aku panggil dengan gelaran 'Ma' sahaja tidak akan berhenti menjerit dari tingkat bawah. kalau dengan suara yang perlahan, tidak ku kisah, ini sampaikan ayahku mampu tersedak ketika makan sarapan pagi dibuatnya.

Ya, aku Mika Tya. Nama yang aku sendiri rasa amat pelik. sewaktu kecil, hampir setiap hari aku bertanya kepada ma dan ayahku, kenapa namaku amat pelik. aku sering menjadi usikan kawan-kawan di sekolah akibat nama yang cukup pelik itu. ma dan ayah cuma mampu tersenyum apabila aku bertanya soalan sebegitu. tapi apa yang aku dapat kenal pasti, hal ini mungkin disebabkan oleh sifat mama yang suka menonton drama-drama Jepun.jadi, tidak mustahillah jika aku katakan bahawa anak menjadi mangsa mama! abangku juga mendapat nasib yang sama, iaitu Kimi Onaqee. Haha! kadang-kadang aku akan mentertawakan nama abangku yang sememangnya lagi pelik dan aneh bagiku! mungkin ayah tidak mampu melawan dan membantah hasrat ma untuk menamakan kami sedemikian rupa. nasib aku sedikit baik, kerana ayah berkeras ingin menamakanku Tya. kalau diikutkan mama, mama ingin menamakanku dengan nama Makiko Ina. haha! fuhh...! nanti masyarakat akan menganggap aku' Jepun sesat' di Malaysia ini. No Way!

Ok, lupakan sejarah dan asal usuk namaku, aku merupakan gadis yang berusia 20 tahun, tidak gemuk dan tidak tinggi. aku cuma gadis yang biasa saja. Ya, memang biasa saja, tidak terlalu mengutamakan penampilan. aku akan hanya memakai pakaian yang aku rasa selesa pada diriku. Abang ku yang ku panggil Bang Qee selalu memberi kritikan terhadap caraku bergaya. itu tidak kena, ini tidak kena. sehingga satu hari, Bang Qee pernah berkata " Mika, ko ni kan..cuba la bergaya sikit, nanti sampai ke tua la ko tak berlaki. orang lelaki tak selera tau tengok ko camni." Kesannya, masih juga aku begini, mungkin aku sudah menjadi kebal dengan kritikan bang Qee kerana hampir setiap hari dia membebel padaku menjadikan aku tidak kisah dengan apa yang diperkatakannya. jawapan yang sering aku beri pada bang Qee "Ada Mika kesah?" Pangg! aku akan segera mendapat tindak balas daripada bang Qee, tepat di dahiku! tidaklah sakit , bang qee cuma menonjol dahiku ke belakang sahaja. tapi aku akan merengek kuat sehingga ma dan ayahku terdengar. akhirnya, bang qee juga yang disalahkan. haha! 

"Mika Tya..!! Dah pukul berapa nih?!! Tak siap-siap lagi." arhh...kedengaran lagi suara ma. aku hampir terlupa tadi. ku sanggul tinggi rambutku dengan kelam kabut dan membawa barang-barangku lalu segera turun ke tingkat bawah! takut dipanggil lagi.

"Selamat pagi..Ohio Gozaimasu!!" Sapaku pada semua yang sedang bersarapan di meja makan. aku duduk di sebelah Ma dan berhadapan dengan bang Qee. Ayah? semestinya di bahagian hujung berdepan dengan kami semua. Ayah,ma dan bang Qee hanya melihatku sepintas lalu. tapi, aku tahu siapa yang akan terlebih dahulu bersuara. "Mika, yang ko serabai ni apasal? rambut tu, betulkan la dulu.ko nih.." Ya, bang Qee tetap akan mengkritik aku terlebih dahulu sebelum memulakan harinya. mungkin ianya juga sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian bang Qee.hehe. "Ada Mika kesah?" balasku sambil membuat memek muka yang paling bang Qee tidak suka. bang Qee geram melihat memek mukaku dan hampir bangun untuk menonjol dahiku sekali lagi. nasiblah ayah sempat menegur. selamat lah dahiku pagi ini.hehe.

"Mika Tya, kelas sampai petang kan? nanti terus balik, tak payah nak merayau ke mana-mana. Ok?" arahan daripada ma jelas kedengaran.Ya, mama memang gemar memanggil aku dengan nama penuhku. aku yang pada mulanya berselera ingin menjamah roti bakar terhenti seketika mendengar arahan ma. "Ok, ma.." jawabku perlahan. muka bang Qee tersengih-sengih melihatku. faham benar aku kalau dia begitu. tapi, aku tidak mudah mengalah begitu saja, aku mula ligat mencari idea ingin mengenakan bang Qee semula. "Ma, bang Qee cakap dia nak tolong ma kemas rumah lepas balik kelas nanti, dah tu tolong ayah kemaskan bilik bacaan sebab Bang Qee balik awal hari ini." Bang Qee hampir tersedak dengan kata-kataku tadi. puas hatiku! Bang Qee memang pulang awal kalau ikutkan jadualnya hari ini kerana tidak terlalu banyak kelas. bang Qee ada memberitahuku malam tadi bahawa dia ingin keluar bersama-sama kawannya selepas selesai kelas. "Baguslah tu..memang banyak nak kena kemas ni Onaqee..nak harapkan ayah seorang, kesian pulak. nanti bolehlah tolong mama alihkan perabot-perabot." kalau mama sudah memberi arahan, memang tidak seorang pun yang berani membantah. Bang Qee geram dengan tindakanku. mukanya merah menahan geram dan dapat kurasakan melalui raut wajahnya aku tahu bahawa dia seperti mahu menerkamku waktu itu juga. haha! rasakan! apa-apa pun, bang Qee tidak akan berbuat begitu di hadapan ma dan ayah. "Ok, ma...." Jawab bang Qee lemah.

*************************************************************************
 Menjadi seorang siswazah mungkin suatu yang menyeronokkan bagi sesetengah orang. tapi, tidak bagiku, kerana aku masih berasa tidak bebas. aku tidak menetap di dalam kampus seperti kawan-kawanku yang lain. Ma langsung tidak membenarkan aku dan bang Qee tinggal di kampus.Boleh ulang alik katanya. Dari Shah Alam ke Bangsar bukanlah suatu yang aku rasakan boleh diulang alik sebenarnya. Agak jauh untuk pergi ke kampus, dengan keadaan trafik yang tidak menentu, cuaca yang berubah-ubah. Ada juga kawan-kawanku yang berasal dari Shah Alam turut mengambil keputusan untuk tinggal di kolej dalam Kampus. aku juga pernah membuat permohonan, tapi, bukan pihak universiti yang tidak meluluskan, tapi pihak atasan di rumahku. Ayah tidak mempunyai masalah untuk aku dan bang Qee tinggal dalam kampus kerana ayah lebih suka kami berdikari. Tapi, seperti apa yang ku katakan tadi, arahan Ma, mesti dipatuhi! huhu


Suri dan Xi Ping teman baikku di kampus. aku dan Suri sememangnya sudah berkawan sejak tingkatan 3 iaitu apabila Suri berpindah ke sekolahku. sebelumnya, Suri tinggal di Sarawak dan memang berasal dari sana. dia berpindah ke Shah Alam kerana bapanya yang merupakan seorang anggota polis dipindahkan ke sini. Xi Ping pula aku kenal sewaktu mula belajar di IPT ini. aku masih ingat lagi gelagat Xi Ping pada hari pertama pendaftaran masuk ke Universiti ini, pada waktu itu dia seperti tidak tentu arah dan keseorangan . Aku dan Suri perhatikan sahaja gelagatnya kerana waktu itu kami masih menunggu kaunter pendaftaran masuk yang masih belum dibuka. tiba-tiba, Xi Ping terpandang ke arah kami dengan mukanya seperti menahan sakit lalu terus meluru ke arah kami dengan tergesa-gesa.
"*&&$%#%@@..???" Sumpah, aku tidak paham langsung dengan apa yang dikatakan oleh Xi Ping. yang aku pasti ketika itu dia berbahasa mandarin dan bercakap dengan tergesa-gesa. aku dan Suri tercengang sahaja melihat Xi Ping. "&$)%$#@@)!@@^%$$*&#...????" ulangnya lagi, lebih panjang kata-katanya dan masih dalam keadaan tergesa-gesa. "awak, kami tak faham.." balas Suri. kali ini wajah Xi Ping pula yang sedikit terkejut. "Aiya?Olang Cina bukan ka?" kata Xi Ping. Ya, bahasa melayunya memang tunggang langgang. Suri menggeleng. Suri sememangnya mempunyai raut wajah seperti Cina sedikit dengan matanya yang sepet dan kulit yang putih mulus. orang yang pertama kali melihat Suri pasti akan menyangkakan dia adalah Cina, dan sering begitu. balik kepada Xi Ping. dia masih seperti tadi tidak tentu arah dan tergesa-gesa. "Saya mau tanya, tandas telekat mana ow?" 'telekat' yang dimaksudkan adalah terdekat.Ya, aku paham maksudnya. 

Rupa-rupanya, Xi Ping mengalami sakit perut pada ketika itu dan tergesa-gesa ingin ke tandas. peristiwa itu pasti tidak akan dilupakan kerana sejak hari itu, kami terus berkawan rapat. Dan, apa yang pasti, aku dan suri sentiasa memperbetulkan bahasa Melayu Xi Ping yang tunggang langgang itu. Alhadulillah, hari ini, pencapaian Xi Ping dalam bercakap bahasa Melayu boleh dibanggakan kerana lebih teratur dan jelas. tahniah pada aku dan Suri. haha!
bolehla aku rumuskan di sini, Suri mempunyai raut wajah yang seakan-akan Cina, lemah lembut ,tenang dan suka tersenyum. manakala, Xi Ping pula, seorang yang gopoh, kuat makan, banyak bercakap. Semua karakter yang ada pada Xi Ping memang sama dengan sifatku! haha! mungkin itu juga yang telah merapatkan kami.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam perjalanan menuju ke dewan kuliah, sambil berborak ringkas dengan Suri, Xi Ping menarik lenganku dan Suri serentak secara tiba-tiba. dan tindakannya itu, sudah pasti amat mengejutkan aku dan Suri."Kenapa ni Ping?! terkejutlah kitaorang! " tanyaku sedikit geram. Xi Ping masih tidak memandang ke arah kami. dia seperti mencari kelibat seseorang. "Ko tengok siapa Ping?" tanya Suri pula. Aku dan Suri masih 'blur' dengan gelagat Xi Ping yang seakan-akan ternampak seseorang yang amat dikehendaki.
Xi Ping memandang ke arahku secara tiba-tiba. "Dani Emir! tu....!!!" Xi Ping menunjuk ke arah sekumpulan lelaki yang sedang sakan berbual sesama mereka.
aku terkejut. "Apa?Dani Emir???"
____________________________________bersambung......

*Siapa Dani Emir?Kenapa Xi Ping bertindak sedemikian?dan kenapa Mika Tya terkejut?




1 ulasan:

  1. meme...sy antara peminat setia blog awk nie(mata pandang ke atas tangan di bahu)...tp boleh x awk creat cerita lainn...citer kak limahh ponn sy boleh terima lg..hahahah

    BalasPadam