free glitter text and family website at FamilyLobby.com CERITAKU... NUKILANKU... ILUSIKU ~ AKU AKAN MENULIS SELAGI AKU MASIH BISA BERILUSI..

meMime present.....

meMime present.....
Ya, aku Mika Tya. Nama yang aku sendiri rasa amat pelik.hal ini mungkin disebabkan oleh sifat mama yang suka menonton drama-drama Jepun.jadi, tidak mustahillah jika aku katakan bahawa anak menjadi mangsa mama! aku merupakan gadis yang berusia 20 tahun, tidak gemuk dan tidak tinggi. aku cuma gadis yang biasa saja. Ya, memang biasa saja . Menjadi seorang siswazah mungkin suatu yang menyeronokkan bagi sesetengah orang. tapi, tidak bagiku, kerana aku masih berasa tidak bebas......

Selasa, 10 Julai 2012

Mika Tya (ep3)

hari pertama aku menyertai kelas tersebut, 5 minit berlalu, aku duduk di sudut tepi kelas memerhatikan gelagat pelajar-pelajar lain, boleh tahan bilangannya, hampir 20 orang setakat ini. pensyarah masih belum muncul tiba. aku mula bosan, dan ku pasangkan earphone ke telinga, tujuan? apa lagi on mp3 la!! layan lagu korea kegemaranku! ehe! tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang mengambil tempat di sebelahku, ku biarkan sahaja..dan di saat aku berpaling kali kedua...tiba tiba...............tak mungkin..!!!!
TAK MUNGKIN....!!!!!



-----------------------------------------------------------------------------------------
bunga dan dedaunan berterbangan. angin meniup sepoi-sepoi.ku rasakan sesuatu yang indah sehingga tidak mampu untuk aku menahan senyum. aku berada di dunia yang lain.dunia yang sangat indah, berwarna warni. alunan muzik kuch kuch ho ta hai berlegar menyemarakkan lagi suasana.raut wajah yang sempurna di depan mata. senyuman yang memukau. Ya sememangnya wajah itu yang aku idam-idamkan. Dia bersama aku di suatu tempat yang indah begini.adakah aku di syurga?aku di syurga? oh aku di syurga??!! ya! aku di syurga..aku di syurgaa...akuuu dii SYURGAAAAAAA.......!!!

"awak..awak..." aku terdengar suatu suara. "Siapa pulak yang menganggu ni. bukan aku dengan dani emir saja ke yang ada kat sini" aku mengerut dahi. "awak..awak!" sedikit keras berbanding yang sebelumnya suara itu tetapi tetap perlahan.

"Ya, saudari, tak nak bawa kita semua sekali ke pergi ke syurga tu?" Pupp..!!! Dunia indahku tadi tiba-tiba hilang sekelip mata.aku terkebil-kebil seperti hilang arah dengan keadaan diriku yang berdiri dan tangan terbuka luas. aku tercari-cari dunia itu tadi.melilau mataku, tetapi apa  yang aku lihat? ya, aku  hanya  nampak mata-mata manusia yang terbeliak memandang ke arahku. SAH!! AKU BERKHAYAL!! tidakkkkkkkk...!!! malunyaaa!! Pensyarah pun rupanya sudah ada di hadapan memandang hairan ke arahku. " 

"Maaf encik.."aku duduk perlahan dan ku lihat di sebelahku dani emir hanya tersenyum memandangku. Oh, sangat memalukan!

hari pertama menyertai kelas seni suara telah menjadikan aku terkenal dan sekaligus aku mendapat gelaran, 'Cik Syurga'. Bangga? ingin saja aku hempuk kepalaku di dinding kelas.geram dengan otakku yang tidak mampu berfungsi dengan cekap untuk mengawal imaginasi dan khayalanku yang melampau. Malu kot. Rata-rata rakan sekelas tidak ku kenali. Memang kesemuanya tidak ku kenali sebab masing-masing berlainan kos.

kelas selama tiga jam itu aku rasakan seperti 3 hari lamanya. aku hanya duduk tegak dan mataku hanya fokus kepada pensyarah yang mengajar di hadapan. sedikit pun aku tidak bergerak.menyalin nota pun tidak.Seperti orang yang mengalami gangguan psikologi pun ada. aku rasa seperti ada batu yang besar dan tebal melekat di wajahku. malu malu malu!

kelas tamat! ingin sahaja aku lari pecut 100 meter keluar daripada kelas. tapi untuk menjaga reputasi sebagai siswazah yang berhemah, aku berlagak selamber, cool dan ala-ala macho sedikit sambil terkedek-kedek mengemas buku-buku di hadapanku.padahal satu nota pun aku tak salin. ehek! sebahagian daripada pelajar lain sudah beredar. tapi, tapi..tapi..dani emir masih di sebelahku! arghhh...tidak..!!!
"Hai awak, saya Lili Hani. Panggil Lili." tiba-tiba gadis di sebelahku menyapa mesra. oh, terlupa. sepanjang waktu kelas tadi aku memang tidak menegur dan berkenalan dengan sesiapa. 
ku sambut salamnya dan turut memperkenalkan diriku. "hai lili.saya Mika. Mika Tya." Dahinya berkerut. hairan mungkin.Reaksi yang kedua selalu aku lihat sebaik saja aku perkenalkan namaku. reaksi pertama dalam senarai carta? gelak guling guling sampai senak perut. ok, reaksi ini paling selalu aku jumpa terutamanya daripada kalangan spesies sepupu sepapat dan rakan-rakan yang mempunyai otak gila-gila.sampai satu tahap ingin saja aku telan hidup hidup. 

aku tersenyum melihat wajah lili. "pelik kan? tapi itu la nama saya." aku senyum lagi. Lili mengangguk. " Tapi comel la" balasnya sambil tersenyum. Mudah dan ramah saja orangnya membuatkan aku senang berbual dengan lili.
"Jumpa lagi minggu depan cik syurga.."aku terpana! sedang aku rancak berkenalan dan berbual dengan lili, satu suara menyapaku. ya! dani emir! aku berpusing dan melihat ke arahnya perlahan tanpa berkedip. badanku seakan-akan keras. aku lihat dia sedang bangun dan menggalas beg sambil tersenyum memandangku.  aku membalas senyumannya..oh..dunia yang indah tadi perlahan datang kembali. "Mika!" Pupp!! hilang lagi!
Lupa, lili masih disebelahku. "Awak ok ke nih?"tanya lili lagi. "Ok!" balasku riang. lalu kami beredar keluar meninggalkan kelas.


balik rumah! ok..itu la tujuan utama dan satu-satunya idea yang paling aku rasa bernas terlintas di fikiranku setiap kali selepas selesai kelas.
oh? aku terlupa! aku perlu berjumpa dengan rakan setugasku! ya, rakan setugas yang aku maksudkan adalah rakan yang akan bersama-sama berjuang denganku untuk menyiapkan satu tugasan atau assignment yang diberikan oleh pensyarah. ehek!
dia! kenapa dia??! aku memang tak rapat dengan dia yang aku sebut-sebut itu.ya tak rapat langsung! padahal ini tugasan kali kedua kami sama-sama lakukan. beliau yang dimaksudkan adalah mohd afka. kadang-kadang aku rasa macam sebut nama sendiri pula. afka, mika, kan nak sama tu.ehek! ish ish.. tapi secara jujurnya memang tak rapat langsung.sebab apa?sebab aku sukar memahami perangainya.sekejap boleh menjadi sangat pendiam, dan kadang-kadang boleh bergurau senda sebagai satu usaha untuk mengusikku ala-ala manja gitu sampai tak hengat! eh? pelik aku.ada dua personaliti ke apa? uiii..bahaya kalau ada dua personaliti! simpang malaikat 14! ehek!


tapi kenapa aku masih bersetuju untuk satu kumpulan dengannya?semua pensyarahku yang uruskan. pensyarah dah aturkan ahli-ahli kumpulan.


"hai afka.." afka yang sedang khusyuk membaca komik lawak kampusnya dari tadi memandang ke arahku. aku cuba meneka apa personalitinya pada ketika itu.adakah pendiam?atau yang satu lagi? 
"waalaikumsalam cik mika.." balasnya sambil tersenyum hingga menyebabkan matanya mengecil macam kucing keriangan saja kulihat. ambik kau! sebijik aku kena.ok,dah dapat dikenalpasti personalitinya ketika itu. bukan jenis A : pendiam tapi jenis B, banyak cakap.
"assalamualaikum..." balasku lagi, tapi perlahan sambil jari jemariku gatal menggosok-gosok hujung meja seperti ada kotoran degil yang perlu aku sental di situ.padahal itu merupakan salah satu tabiat di luar jangkaan untuk 'cover line'.


"baca apa tu?" tanyaku.masih lagi berdiri di hadapannya.
"nih.." balas afka sambil menunjuk kepadaku tajuk buku. padahal aku memang sudah tahu dari awal.alah, orang melayu kan. dah nampak tanya lagi.ehek!
"oww...tak kelakar ke? kenapa tak gelak? dari tadi saya tengok awak serius jek duduk sorang-sorang kat sini" tanyaku lagi.saja nak panjangkan cerita.memang aku berasa kekok sangat berbual dengannya
" saja, nak uji diri sendiri.salah satu cara nak psiko diri,tahan gelak.hehehe"
aah..memang terkadang aku rasa afka ni psiko orangnya.aku senyum saja.biarlah kau dengan dunia kau ya afka.jangan aku psiko sekali sudah.


tiba-tiba aku ditegur oleh seseorang. "kakak.."
oh..umaira.anak kepada abang di kedai fotostat. "ya?kenapa umaira?" tanyaku lembut. "nah.." umaira memberiku satu cebisan puzzle. belum pun sempat aku bertanya lebih lanjut, umaira terus berlari meninggalkanku terkebil-kebil. cebisan puzzle itu tertulis perkataan 'sa'
aku hairan lagi.berfikir dan berfikir. seperti dalam dunia 'running man' pun ada. oh..aku sangat meminati running man, sampai satu tahap, jika diberikan sebarang tugasan, aku rasa seperti perlu menyelesaikan misi seperti ahli-ahli running man.ehek! haha dan jae suk pilihanku!


"mika.." lembut saja suara itu.oh, aku lupa! afka masih di situ. 
aku pun cepat-cepat duduk di hadapannya dan memulakan perbincangan berkaitan tugasan yang akan kami lakukan sebelum aku berkhayal lebih jauh. 
.................................................................................................................................


apa ada pada cebisan puzzle ini?kenapa aku?kenapa ada perkataan 'sa'?
oh, aku takkan berhenti berfikir!