free glitter text and family website at FamilyLobby.com CERITAKU... NUKILANKU... ILUSIKU ~ AKU AKAN MENULIS SELAGI AKU MASIH BISA BERILUSI..

meMime present.....

meMime present.....
Ya, aku Mika Tya. Nama yang aku sendiri rasa amat pelik.hal ini mungkin disebabkan oleh sifat mama yang suka menonton drama-drama Jepun.jadi, tidak mustahillah jika aku katakan bahawa anak menjadi mangsa mama! aku merupakan gadis yang berusia 20 tahun, tidak gemuk dan tidak tinggi. aku cuma gadis yang biasa saja. Ya, memang biasa saja . Menjadi seorang siswazah mungkin suatu yang menyeronokkan bagi sesetengah orang. tapi, tidak bagiku, kerana aku masih berasa tidak bebas......
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Sabtu, 1 Oktober 2011

Mika TYA ep2


Dalam perjalanan menuju ke dewan kuliah, sambil berborak ringkas dengan Suri, Xi Ping menarik lenganku dan Suri serentak secara tiba-tiba. dan tindakannya itu, sudah pasti amat mengejutkan aku dan Suri."Kenapa ni Ping?! terkejutlah kitaorang! " tanyaku sedikit geram. Xi Ping masih tidak memandang ke arah kami. dia seperti mencari kelibat seseorang. "Ko tengok siapa Ping?" tanya Suri pula. Aku dan Suri masih 'blur' dengan gelagat Xi Ping yang seakan-akan ternampak seseorang yang amat dikehendaki.
Xi Ping memandang ke arahku secara tiba-tiba. "Dani Emir! tu....!!!" Xi Ping menunjuk ke arah sekumpulan lelaki yang sedang sakan berbual sesama mereka.
aku terkejut. "Apa?Dani Emir???"

**********************************************************************************************************************************

kami masih lagi di situ..melihat kelibat Dani Emir dan rakannya yang sedang rancak berbual di luar dewan kuliah. aku perhatikan sahaja kelibat dan empunya diri yang serba serbi sempurna orangnya bagi. ya! kalau ditanya siapa yang paling sempurna di mataku, pasti nama Dani Emir adalah orangnya walaupun aku tahu, tiada satu manusia pun yang sempurna di muka bumi ini. mungkin tidaklah sepenuhnya sempurna, tetapi Dani Emir adalah lelaki yang hampir sempurna..ya, hampir sempurna. sedang ku berkhayal memikirkan tentang Dani Emir, tiba-tiba.."Mika!! apa la! sampai ternganga ko tengok mamat tu! ishh!" tegur Suri lalu mencubit mulutku. "adui..!!! sakitlah suri..mana da orang ternganga..." balasku geram, ish! penat aku berangan nun sudah sampai ke anak cicit, suri pula interframe...terus bad ending anganku..ya! aku memang kuat berangan. no doubt!  "Mika,bila ko nak mengorat si Dani Emir a.k.a Dee tu?" tiba-tiba Xi Ping mencelah. soalan yang diajukan kufikir tidak kena pada masa dan tempatnya kerana aku masih kecewa dengan anganku yang terganggu sebentar tadi. "Xi ping, takkanlah Mika nak mengorat lelaki! ish!" memang tidak dinafikan bahawa aku kagum dengan Dani Emir, ya perkataan kagum yang aku gunakan di sini bererti aku sangat kagum dengan dirinya yang sangat cool di mataku, raut wajah yang tampan, rekod disiplin yang bersih,erk?termasuk gak ke?, berpengetahuan tinggi membuatkan ramai pelajar-pelajar wanita jatuh hati padanya. TAPi..!!! tidak termasuk aku! ya...of course aku tidak ada kena mengena dengan soal feeling-feeling dengan si Dani Emir itu,tapi emm...mungkin ada sedikit..ya! pasti.!.sedikit sahaja..tidak lebih tidak kurang! titik! 
kagum tidak bermakna CINTA..not at all!

"Tapi, siapa tahu, boleh jadi boyfriend?" Xi ping masih berada di topik yang sama. ku fikir dia sengaja ingin mengujiku..tidak mengapa, ku layan juga, kawan kan.hee. "Ping..ping, kalau jadi boyfriend mika, mika tak lepas dah!" balasku penuh semangat! ya! walaupun nadaku bergurau tapi dalam maksudnya tu! ahak! Suri hanya mampu tersenyum dengan telatah aku dan Ping. "Dah, 10 minit lagi kelas start ok, jom masuk kelas," gesa Suri lalu menarik tanganku dan Xi Ping serentak. Sempat juga aku merenung ke arah Dani Emir yang rancak berbual ,ya, dia sangat murah senyuman orangnya...satu lagi sebab mengapa aku kagum! ehe!

****************************************

10 minit sudah berada dalam kelas, pensyarah masih belum muncul. aku sudah mula menguap, mengantuk sedikit. Xi ping awal-awal lagi sudah beralaskan beg beradu baek punya di tempat duduknya! apa la Xi Ping nih! hehe...Suri asyik membaca novel yang baru dibelinya semalam. Ya, Suri memang seorang gadis yang sangat suka membaca, kadang-kadang aku pula yang pening melihat kegilaanya yang sangat suka membaca, tidak kisahlah, bahan bacaan apa sekalipun, jika ada di depan mata, gempa bumi sekalipun tidak akan mengganggu dirinya sama sekali. ya! memang agak over kenyataan ku itu, tapi itulah yang sebenar-benarnya. aku tersenyum sendiri memikirkan gelagat dan tabiat dua orang rakanku ini~ pelik tapi benar!
tiba-tiba...
"Morning class..!!!" seluruh pelajar yang berada di situ seolah-olah terkejut dengan kehadiran pensyarah yang datang. "Eh? kenapa bukan Dr. Alias yang datang?" aku kehairanan, dan soalan itu seolah-olah ku ajukan pada Suri yang berada di sebelahku. seperti yang dijangkakan, Suri masih statik dan khusyuk dengan novel. "Suri..!!!" bentakku lebih kuat. "Hah?? apahal?sapa yang hilang?!! " Suri terkejut. "Tu diaa...hilang pulak dah...yang hilang tu Suri la.ish! dia ni kalau dah membaca macam dah masuk dalam buku tu sekali.." balasku, geli hatiku melihat reaksi Suri yang agak terkejut dan kelam kabut. maklumlah, Suri selalunya lebih tenang dan kurang bercakap orangnya. 

"Ok class, Dr Alias out-station for the whole semester, doing research,so i will going to take over this class". seluruh kelas terdiam. "Saya Professor Harris Eykal, boleh panggil saya Encik Harris, nak panggil Prof pun ok, nak panggil tuan pun ok, panggil abang pun ok," kedengaran ketawa-ketawa kecil pelajar-pelajar yang berada di dalam dewan kuliah itu sekaligus memecah kesunyian. Encik Harris penuh dengan senyuman orangnya, mengingatkan aku pada ehem..ehem..siapa lagi..Dani Emir  la.hehe. "Mika! encik harris ni, abang Dani Emir la.." tiba-tiba Xi Ping mencelah, sudah bangun rupanya, ku fikir masih beradu lagi. Xi Ping seolah-olah dapat membaca fikiranku setiap kali aku memikirkan Dani Emir. "Betul ke? MAna kau tau?" soalku inginkan kepastian.  "betul la..ramai yang dah tahu, ko saja yang tak tahu..huhu" Xi ping ketawa kecil. patutlah wajah mereka ada iras-iras sama dan paling penting mudah tersenyum dan murah senyuman. Encik Harris pun tampan orangnya.hehe!
lebih bersemangat rasanya belajar di kelas ini daripada sebelumnya!!
 weeeeee..............
kenapa dengan yang sebelumnya??biarlah aku dan xi ping saja yang tahu..ehek!

...........................................................................
selesai beberapa kuliah sejak dari pagi tadi, masih tinggal satu lagi kuliah yang aku perlu hadiri, Xi ping dan Suri tidak turut serta. mereka tidak berminat untuk menyertai kelas yang sememangnya menjadi kelas kegemaranku ini! kelas seni suara! haha...memang poyo! tapi itulah aku! poyo pun aku~ serabut pun aku~ semualah! kenapa kelas seni suara? aku memang suka menyanyi, tapi bukan terrer menyanyi, sekadar glamor menyanyi di dalam toilet, kalau bukan toilet aku, toilet  di bilik ma dan ayah pun aku turut hiburkan, kadang-kadang toilet di dalam bilik bang Qee pun turut menjadi mangsa! sebab??? sengaja! eheee..itulah dia..sakit pelik yang melampau aku..pencapaian dalam bidang nyanyian? sejak dari usia 10 tahun menjadi penyanyi professional toilet toilet di rumahku, pencapaian lain? ya, tidak akan ku lupa sampai bila bila, penyokong setiaku bang Qee!! dari usia 10 tahun aku menyanyi tidak sekali pun nyanyian ku menyenangkan hatinya! hehe...hadiah?memang selalu aku dapat! balingan bantal, kasut, stokin, yang terpantas dan paling tepat sekali oleh bang qee ke mukaku!!! memang cayalah bang Qee!! 

kelas seni suara ini sengaja ku ambil untuk memenuhi jam kreditku yang masih berbaki sem ini.sekadar suka-suka, dan diwajibkan oleh universiti bagi pelajar untuk menyertai kokurikulum universiti.ya bukan di sekolah sahaja ok!! 

hari pertama aku menyertai kelas tersebut, 5 minit berlalu, aku duduk di sudut tepi kelas memerhatikan gelagat pelajar-pelajar lain, boleh tahan bilangannya, hampir 20 orang setakat ini. pensyarah masih belum muncul tiba. aku mula bosan, dan ku pasangkan earphone ke telinga, tujuan? apa lagi on mp3 la!! layan lagu korea kegemaranku! ehe! tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang mengambil tempat di sebelahku, ku biarkan sahaja..dan di saat aku berpaling kali kedua...tiba tiba...............tak mungkin..!!!!
TAK MUNGKIN....!!!!!


**********************************************************************************************************************************


kenapa Mika terkejut? apakah yang terjadi???? jangan lupa sambungan episod seterusnya..!! weee!!!